Bertemu Raja Ular

Thursday, December 31, 2009

Petang tadi setelah selesai memberi makan ayam2 di kebun. aku dan adikku serta ayahku pulang menaiki motor yang ditunggangi oleh aku. Kali ini aku membawa agak perlahan motorku atas arahan ayahku kerana terlalu bimbang sekiranya babi hutan melintas di jalan yang kami lalui. Ini kerana terdapat lebih dari lima laluan mereka di sepanjang jalan yang ku lalui pada tiap2 hari. Sudah menjadi kebiasaan melihat babi hutan yang sebesar anak lembu melintas dan ada kalanya hampir terlanggar pun ada. Kali ini aku bukan hendak bercerita tentang babi hutan tetapi semasa membawa motor petang tadi kami ternampak ular tedung selar di atas jalan yang agak besar saiznya sepanjang hampir 3 meter. Kami memang terkejut dan tergamam melihat ular tersebut..dengan serta merta ayahku menyuruh aku agar tidak memberhentikan motorku kerana bimbang dikejar ular tersebut. Ini lah kali pertama aku melihat Raja Ular dengan mata kasarku.Disini ingin saya kongsikan sedikit info berkaitan dengan raja ular ni.

  • Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 metre (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 metre (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun)
  • Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (vertebrates)
  • Anak ular Tedung Selar sekitar 45 hingga 50 sentimeter panjang, dan bertanda dengan belang hitam dan putih, dan telah mempunyai bisa yang mampu membunuh
  • Ular Tedung Selar tergolong dalam ular yang mempunyai jangka hayat yang panjang sekitar 20 tahun
  • Setiap patukan amat banyak sehinggakan ia mampu membunuh gajah atau 20-30 orang manusia
  • Ia mampu berdiri dalam keadaan mengancam tegak dangan kepalanya setinggi sehingga 6 kaki dan turut mampu bergerak dalam keadaan menegak; ia mampu bertentang mata dengan manusia.
Begitulah secara ringkas tentang raja ular ini. Hebat sungguh makhluk Allah swt ni sehingga menggerunkan manusia yang bertemunya...


-Gambar hiasan



Read more...

Salam Hijrah

Thursday, December 17, 2009


Assalamulaiakum..Pertamanya saya rasa bersyukur diatas nikmat Islam dan iman, masih lagi dipanjangkan umur untuk menetap di bumi ini dan bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini..alhamdulillah..Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 1431H kepada sahabat2 sekalian serta umat Islam di serata dunia..Sempena tahun baru Hijriah 1431 dan tahun baru Masehi 2010, marilah kita sama-sama berhijrah daripada gelapnya kejahilan kepada terangnya ilmu agama..dari banyak mencari dunia sampai lalai mencari agama sehingga kepada menghadirkan diri dalam kuliah-2 agama .. dari tidak menutup aurat kepada menutup aurat .. dari menyokong perjuangan kebangsaan kepada menyokong perjuangan Islam..dari bersikap ujub, sombong, takbur dan riak dengan amalan diri sendiri kepada bersifat merendahkan diri..semoga tahun baru ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya..inshaAllah

Read more...

Majlis Kesyukuran..

Sunday, November 15, 2009


Assalamulaikum..Disini saya ingin menjemput semua sahabat-sahabat AT47,rakan-rakan di upsi dan rakan2 yang mengenali diri ini ke majlis kesyukuran & korban berserta majlis perkahwinan adinda pada 12 Zulhijjah 1430H iaitu bersamaan 29hb November 2009(Ahad). Semoga kehadiran anda memeriahkan lagi majlis ini.

Read more...

Konvo

Saturday, November 14, 2009


Hari ini telah berlangsung Majlis Konvokesyen TASKI ABIM ke-20 dan KHATAM AL-QUR'AN kali ke-11 telah berjaya diadakan di Dewan Bakali, Jalan Teluk Sisek. Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik Taski ABIM kawasan kuantan kerana berjaya menamatkan pengajian mereka selama 2 tahun..Diharapkan adik2 semua telah bersedia untuk ke alam persekolahan pada tahun hadapan dan akhir sekali Semoga menjadi anak yang soleh/solehah, berilmu, beriman, beramal, bertakwa dan berjaya dunia dan akhirat.. Amin..

Read more...

rezki hari ini..

Monday, November 9, 2009



sekarang ni di sesetengah negeri pantai timur di landa bah..telah menjadi kebiasaan kpd penduduk disini untuk mencari rezeki diketika ini terutamanya pada kaki pancing mcm saya ini hehe.. seperti biasa slps memberi makan lembu dan ayam di kebun..tiap2 petang kami turun ke bendang utk memancing ikan..maklumlah sekarang ni agak payah utk membeli ikan(laut) kerana musim tengkujuh jadi terpaksalah mak kami masak sardin dan nasi goreng jer pada hari2 yg lepas..Alhamdulillah rezki hari ini agak baik skit..tak seperti hari biasa, kali ni adikku berjaya menaikkan ikan haruan yang boleh tahan juga saiz dia..jadi bolehlah mak kami masak dengan ikan yg kami dapat ni..syukur..syukur..rezki hari ini..



Read more...

Relaks Kejap

Tuesday, November 3, 2009

Hadith : "Hak anak yg wajib dipikul oleh seorang bapa ialah mengajarnya al-Quran dan adab yg baik"


Maksud Hadith : Tidak ada daripada binatang yang mempunyai perut lalu kamu memberinya sesuap makanan maka balasan pahala sedekah keatas kamu"


"Don't think what people say, just snap what you like"





'Tiada seekor pun binatang yang pernah derhaka pada Allah swt, manusialah yang paling ramai derhaka pada Allah swt"..Hukamak


Tak terasa bila dia pergi, tapi sayu bila dia tidak kembali...mencarinya dengan hati suci lebih indah daripada memiliki tapi tidak menghargai...Dia datang tanpa seruan, dia pergi tanpa alasan...Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan...thank You Allah for gift of IMAN....

Read more...

Iktibar dari Padang

Friday, October 9, 2009

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .
2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .
3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .
4. Al Quran [ wahyu Allah swt ] telah menegaskan beberapa peringatan yang boleh di dapati dalam banyak surah dan ayat guna membimbing ummat manusia agar beriman , bertaqwa dan mengabdikan diri kepada Allah swt .
5. Antara yang menarik sekaligus membuktikan mukjizat al Quran ialah keselarasan ayat quran dengan peristiwa gempa bumi di Padang Sumatera . Gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 september tempohari ialah tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ] dan gegaran kedua berlaku pada jam 5. 58 pm [ atau jam 17 : 58 ] . Sementara esoknya [ 1 Oktober ] jam 8.52 am berlaku gegaran susulan di Jambi .
6. Apabila kita laraskan masa berlaku gempa bumi dengan surah dan ayat al quran , kita akan temui persamaannya seperti berikut . [ Jam 17 : 16 = Surah ke 17 ayat ke 16 ] [ Jam 17 : 58 = Surah ke 17 ayat ke 58 ] [ Jam 8:52 = Surah ke 8 ayat ke 52 ]
7. Secara indeksnya surah ke 17 ialah surah al Israa' sementara surah ke 8 ialah surah al Anfaal .

و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

8. Ayat - ayat di atas jelas menunjukkan azab dan musibah yang Allah swt timpakan ke atas sesebuah negara atau negeri lantaran penghuninya derhaka kepada Allah swt . Ia boleh berlaku dan telah berlaku di hadapan mata kepala kita biarpun jauh di negara orang untuk menjadi iktibar buat seluruh ummat manusia .
9. Ayat - ayat Allah ini merupakan sistem amaran awal yang perlu diambil perhatian oleh seluruh ummat manusia supaya menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat yang dimurkai oleh Allah swt . Hari ini mungkin Indonesia , tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku di negara kita Malaysia pula pada bila - bila [ wali'yazubillah ] jika maksiat dan mungkar makin membarah .
10. Oleh itu seluruh rakyat negara ini agar kembali kepada Islam sekaligus meninggalkan maksiat dan mungkar [ zina , pergaulan bebas , pendedahan aurat , judi , arak , rogol , rompak , samun , rasuah , salah guna kuasa , zalim dan 1001 perkara mungkar ] agar seluruh rakyat dan negara di berkati dan dirahmati oleh Allah swt .

sumber: http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/10/iktibar-dari-al-quran.html

Read more...

Sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, tetapi selalu kena bersyukur

Thursday, October 8, 2009

hmm..td bru je blk dr operation room HTAA..sepupu sy iesya bru je darjah 2, skang ni msih bertarung nyawa kt sana..semoga dia selamat menjalani pembedahan di bhgian kepalanya akibat terjatuh dr motor inshaAllah..huh mlm ni tak dapat lena , macam biasala sy akan surf internet then baca artikel2 yg menarik especially isu semasa la..huhu cuma kali ni sy nk kongsi satu artikel yg sy baca td yg sy kire ada la skit berkaitan ngan peristiwa yg berlaku harini..ok selamat membaca :)

Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak, kadang-kadang tangisan nyaring.

Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:

Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.

Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.

Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.

Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.

Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.

Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.

“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.” Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.

Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku.

Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.

Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.

“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya.

Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah. Kaki anak melangkah keluar dari rumahdengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.

Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu. Dia terpaku … Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya.

Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya. Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.

“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.

“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”

Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.

Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.

“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar … tersekat-sekat kerana kesakitan itu.

“… Abang janji tak akan buat lagi.”

Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.

Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.

“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”

“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …”

Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.

Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.

“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.” Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.

“Anak puan … Telah meninggal dunia.”

Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.

Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.

“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …”

Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.

Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.

Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini.”

“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”

Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

**********

Benar, sesetengah nikmat itu hanya datang sekali, kerana itu nikmati dan syukurilah, bersyukurlah sentiasa.

Amat malang kerana kita selalu sedar dan menghargai sesuatu, hanya selepas nikmat itu terlerai daripada genggaman.

Dipetik dari buku “U-Turn ke Jalan Lurus”


Read more...

2646 km

Friday, September 18, 2009

Alhamdulilah..akhirnya saya dapat menamatkan latihan mengajar selama 14 minggu di SMkSP dengan jayanya. Syukur sangat2 coz sepanjang tempoh ini tiada sebarang masalah yang berlaku..walaupun ia telah mengambil jarak lebih kurang sejauh 2646 Km huhu..erm jauh jugak tu..tp dalam tak sedar akhirnya saya dapat sampai ke destinasi yang dituju..Jadi jutaan terima kasih kepada warga SMKSP kerana memberi kerjasama yang amat baik sekali, honestly saya seronok berada di SMKSP ini..dengan itu berakhirlah pengajian saya untuk menuntut ilmu di dunia ini..sayonara upc!! "sesungguhnya ilmu yang kumiliki ini adalah sezarah dari ilmu-Nya"

Read more...

SeLamaT...

Monday, September 14, 2009

Assalamulaikum..
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Keluarga saya, semua warga SMKSP, rakan-rakan di AT47 dan juga rakan2 di upc serta sahabat-sahabat yang mengenali diri ini..tapi raya kali ini dapat banyak kad jemputan kawin huhu kad raye tak dapat pun..anyway saya juga nak ucapkan tahniah kepada sahabat2 AT47 yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi (mie, suzie, amal, huda). semoga berbahagia hingga akhir hayat..InsyaAllah..


Dalam Kerendahan HATI ada ketinggian BUDI, dalam kemiskinan HARTA, ada kekayaan JIWA, dalam GURAU senda ada KHILAF dan DOSA.. Mohon kemaafan dipinta sekiranya ada terkasar bahasa dan terlebih kata....

Walau tangan tak dapat berjabat, wajah tak sempat bertatap, setidaknya masih ada kata yang terucap.. Minal Aidil Walfaizin Mohon Maaf Zahir dan Batin Salam Aidil Fitri....

Read more...

Subuh Yang Terakhir..

Saturday, August 15, 2009

A

lhamdulillah baru berkesempatan utk saya posting artikel pada kali sebab baru2 ni agak sibuk dgn kerja2 sekolah dan kerja harian. Lebih kurang pukul 2:00pm 13Ogos dapat berita dr cikgu Fauziah yang mengatakan saudara Ust Asri Rabbani telah meninggal dunia. Berita kematian itu amat memeranjatkan kami semua yang berada dalam bilik guru itu. Dengan serta merta saya mengakses internet utk mengesahkan berita kematian allahyarham. Memang benar menemukan saya berita menyedihkan ini..beliau telah pergi selama-lamanya ibarat lagu beliau PERGI TAK KEMBALI.

Ketika itu ku terkenang semua lagu-lagu beliau yang pertama kali ku dengar ketika sekitar tahun 1996 yang dikenali sebagai kumpulan nadamurni. Sebenarnya ayahku lah yang memperkenalkan kami sekeluarga dengan kumpulan rabbani ni. Dia amat meminati semua lagu2 rabbani ni. Ayahku lah yang sentiasa membeli album terbaru kumpulan rabbani pada suatu ketika dulu. Semua lagu lama rabbani memberi kenangan yang istimewa kepada keluarga kami yang membolehkan kami mengingati nostalgia lama apabila terdengar lagu dr rabbani ini. Walaupun pada masa kini terdapat banyak kumpulan nasyid yg saya minati tetapi allahyarham Ustaz Asri la yang paling menonjol di kalangan vokalis nasyid dinegara kita kerana disebabkan dek suaranya yang merdu.

Ku teringat pula pada minggu lepas baru je ku download lagu subuh yang terakhir ini..rupanya pada 13 Ogos baru ni merupakan SUBUH YANG TERAKHIR untuk beliau...
Buat ahli keluaraga al-marhum, tabahkan diri dan teruskan hidup dalam keredhaan Allah. Kami doakan anda semua tabah. Bilakah pula giliran kita? Dan dapatkah jantung kita melaksanakan tugasnya bertemu Ramadhan akan datang ini??

Koleksi album Rabbani milikku



Sekuntum Kamboja Yang Gugur

Biar luput dari pandangan
Tidak pupus di dalam ingatan
Kehilangan sebutir bintang di persada seni
Menjadi skenangan

Terukir senyuman manismu
Tergambar senda gurauanmu
Tuhan lebih menyayangimu
Menjemputmu pergi terlebih dahulu

Bersemadi jasadmu yang kaku
Diiringi gerimis yang sendu
Airmata tak terbendung lagi
Menangisi perpisahan ini

Sekuntum kemboja yang gugur
Menemani dikau di pusara
Biar detik dan musim berlalu
Hingga kini tiada pengganti

Di pagi hari yang mulia
Dikunjungi teman dan saudara
Bersama harapan dan doa
Moga berbahagia di negeri yang baqa?

Read more...

Manusia perlu diManusia..kan semula…

Monday, August 3, 2009

B

eberapa negara diseluruh dunia sekarang ni sedang menghadapi serangan wabak selsema babi or formerly known as Influenza A ( H1N1) termasuklah negara kita ini. Bagi saya, semua ini ada lah boleh di kategorikan sebagai bala yang dikenakan kepada kita. Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya. Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah s.w.t ke atas diri kita yang sentiasa melakukan kemungkaran dan kerosakan di atas bumi ini? Apabila dilihat gelagat manusia dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benar-benar mengundang kemurkaan daripada Allah s.w.t terutama golongan muda-mudi. Lihat sahaja gejala pergaulan bebas, buang anak, merompak, rogol, sumbang mahram, rempit, gay (lihat KOSMO 20/7/09),pondan (Lihat Kosmo 21/7/09) dan bermacam-macam dosa lagi mereka lakukan bukan untuk kali pertama dan bukan untuk kali terakhir bahkan seolah-olah perkara ini sudah menjadi perkara biasa di negara kita ini.

Kalau anda sedari, sejak akhir-akhir ini negara kita dilanda dengan pelbagai bencana alam seperti tsunami, gegaran bumi (di janda baik), wabak Chikungya, JE dan yang terkini selsema babi sedangkan perkara ini tidak pernah pun berlaku di 10, 20 tahun pada suatu ketika dahulu. Tidak mustahil bala yang lebih dashyat lagi melanda negara kita (na’uzubillah) disebabkan kemungkaran yang kita lakukan seperti yang di ceritakan dalam Al Quran dalam surah :

Al-A’raf ayat 133 yang bermaksud : Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai bukti dan tanda yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang merderhaka(melakukan kerosakan dimuka bumi).

Al Hijr ayat 74 yang bermaksud : Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.

Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Bezanya umat nabi-nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Muhammad s.a.w isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala itu dapat dikesan oleh mereka yang beriman dan mereka yang dekat dengan Allah s.w.t. Oleh itu kita hendaklah merasa bersyukur dan bertuah sekali kerana dianugerahkan nikmat Islam dan menjadi umat Muhammad s.a.w. Bersama-sama lah kita perbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW serta berdoa mengharapkan negara, masyarakat dan keluarga kita ini dijauhkan dari bala Allah s.wt dan dalam masa yang sama diharapkan pintu-pintu ke arah kemaksiatan dan kemungkaran perlulah ditutup dan dengan ini barulah mendapat keredhan dari-Nya. Kita berharap manusia pada hari ini yang melakukan pelbagai kejahatan kepada sesama manusia dan kezaliman kepada penciptaNya yang mengikut hawa nafsu syaitan dan kebinatangan ini berubah menjadi sebenar-benar manusia yang patuh kepada hukum dan larangan-Nya..dengan ini manusia itu perlulah di Manusiakan semula...

Read more...

ICT Note Form 4

Friday, July 3, 2009

erm..ni note2 ICT form 4 utk sahabat2 yang memerlukan (especially pashan he2)..okay that all..nanti kwn msukkan note2 lain coz intenet slow skit..ok

Read more...

How To Install XP

Wednesday, June 3, 2009

do you have problems to format your pc/notebook before? Now you can do it yourself without need send to computer shop anymore..just look the winXP simulation here.. Gud Luck!!

Read more...

Selamat Hari Guru..

Saturday, May 16, 2009

Bersempena 16 mei esok..sy ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua2 guru-guru di Malaysia ni..dan juga kpd bakal guru2 seperti saya ini..huhu..jom kite nyayi lagu 'kami guru malaysia' skit..hehe..


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Read more...

Doa Para Nabi

Friday, May 1, 2009

Imam Ghazali menyatakan ; bahawa doa para nabi a.s ialah seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.
"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat kepada-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.
"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakan untuk ingkar suruhan-Mu.
"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat bersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut".

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s hingga ke Nabi Muhammad s.a.w. telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.

dipetik dari: mauidzah(oleh : TGNA) harakah BIL 1434(1-3Mei 2009)

Read more...

CGPA tinggi tak bererti jika tidak seiring dengan akhlak yg tinggi

Sunday, April 26, 2009

Kita selalu mendengar pelbagai kes seperti pegawai kerajaan pecah amanah, pegawai bank tidak amanah, pegawai penguatkuasa mengamalkan rasuah, cikgu melakukan perkara tidak bermoral dan macam2 kes lagi. Erm..kebanyakan kes-kes yang berlaku di Negara kita ni melibatkan orang2 yang mempunyai latarbelakang akademik yang tinggi. Cuba kita fikirkan apakah yang mendorong mereka atau apakah punca berlakunya perkara ini?

Pada pendapat saya dasar pedidikan di Negara ini salah satu penyebab berlakunya perkara2 ini. Pendidikan yang hanya menekankan percapaian akademik semata-mata hanya melahirkan masyarakat yang cemerlang tapi tidak dari segi akhlak. Memang tidak dinafikan terdapat juga faktor lain yang menyebabkan perkara ini. Dengan itu kita sebagai org Islam marilah kita sama2 memperbaiki akhlak dengan menyuburkan iman agar dapat memandu akal dan jiwa serta mengawal nafsu kita agar dapat melahirkan individu cemerlang dari segi akademik & akhlak dan seterusnya membentuk masyarakat yang berakhlak mulia. Ini dapat difahami dengan jelas melalui Hadis Rasulullah saw :

“ Sesungguhnya Allah tidak menilai ke atas rupa kamu serta harta kekayaan kamu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatan kamu.” ( HR Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

Renung2kan lah..sampai disini saja utk kali ni coz penulis ingin pulang bercuti hehe..all the bes for final exam..sy doakan anda smoga dipermudahkan oleh-Nya dlm segala urusan.

Wallahu a‘lam

Read more...

Perdebatan Akal Imam Hanafi dan Atheis.

Tuesday, April 14, 2009


Assalamualaikum..

Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan mulhid (athies) dan bid'ah. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda. Ceritanya begini:

Seorang Dahri atau Mulhid (athies) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama berdebat dengan mengatakan: Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat.

Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai: Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdebat denganku?

Mereka menjawab: Ada, beliau bernama Sheikh Hammad.

Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya.

Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya.

Gurunya menjawab: Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk.

Imam Abu Hanifah: Apa yang Tuan Guru mimpikan?

Sheikh Hammad: Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya.

Sheikh Hammad: Ta'birkanlah wahai Nu'man (nama sebenar Imam Abu Hanifah).

Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.

Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.

Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?

Imam Abu Hanifah menjawab: Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.

Si Dahri: Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:

Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
Surah al-Mujadalah, (58): 11.

Si Dahri: Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?

Imam Abu Hanifah: Aku akan menjawab dengan Tawfiq Allah.

Si Dahri pun mula bertanya: Adakah Allah itu Wujud?

Imam Abu Hanifah: Ya.

Si Dahri: Di mana?

Imam Abu Hanifah: Allah tidak bertempat.

Si Dahri: Bagaimana mungkin Dia Wujud tapi tidak bertempat?

Imam Abu Hanifah: Dalilnya ada pada diri anda.

Si Dahri: Mana dia?

Imam Abu Hanifah: Bukankah kamu mempunyai nyawa?

Si Dahri: Memang.

Imam Abu Hanifah: Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?

Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan: Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?

Si Dahri: Ya.

Imam Abu Hanifah: Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?

Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah: Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini.

Si Dahri menyoal lagi: Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?

Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya.

Si Dahri: Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang maujud dan tiada sesuatu selepasnya?

Imam Abu Hanifah: Buktinya ada pada anggota badanmu.

Si Dahri: Apa dia?

Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.

Si Dahri: Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan.

Imam Abu Hanifah: Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya.

Si Dahri: Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?

Imam Abu Hanifah: Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah.

Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi. Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.

Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.

Rujukan:
Sheikh Zainal Abidin Muhammad al-Fatani (2007), Aqidah al-Najin fi 'Ilm Usuliddin (Aqidah Kaum Terselamat Dari Sesat & Bid'ah), Singapura: Pustaka Nasional.

http://al-qedahi.blogspot.com/

Read more...

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP