CGPA tinggi tak bererti jika tidak seiring dengan akhlak yg tinggi

Sunday, April 26, 2009

Kita selalu mendengar pelbagai kes seperti pegawai kerajaan pecah amanah, pegawai bank tidak amanah, pegawai penguatkuasa mengamalkan rasuah, cikgu melakukan perkara tidak bermoral dan macam2 kes lagi. Erm..kebanyakan kes-kes yang berlaku di Negara kita ni melibatkan orang2 yang mempunyai latarbelakang akademik yang tinggi. Cuba kita fikirkan apakah yang mendorong mereka atau apakah punca berlakunya perkara ini?

Pada pendapat saya dasar pedidikan di Negara ini salah satu penyebab berlakunya perkara2 ini. Pendidikan yang hanya menekankan percapaian akademik semata-mata hanya melahirkan masyarakat yang cemerlang tapi tidak dari segi akhlak. Memang tidak dinafikan terdapat juga faktor lain yang menyebabkan perkara ini. Dengan itu kita sebagai org Islam marilah kita sama2 memperbaiki akhlak dengan menyuburkan iman agar dapat memandu akal dan jiwa serta mengawal nafsu kita agar dapat melahirkan individu cemerlang dari segi akademik & akhlak dan seterusnya membentuk masyarakat yang berakhlak mulia. Ini dapat difahami dengan jelas melalui Hadis Rasulullah saw :

“ Sesungguhnya Allah tidak menilai ke atas rupa kamu serta harta kekayaan kamu, akan tetapi Dia hanya menilai hati dan amal perbuatan kamu.” ( HR Muslim dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah).

Renung2kan lah..sampai disini saja utk kali ni coz penulis ingin pulang bercuti hehe..all the bes for final exam..sy doakan anda smoga dipermudahkan oleh-Nya dlm segala urusan.

Wallahu a‘lam

Read more...

Perdebatan Akal Imam Hanafi dan Atheis.

Tuesday, April 14, 2009


Assalamualaikum..

Terdapat banyak cerita tentang kehebatan Imam Abu Hanifah yang berjaya berdebat dengan golongan mulhid (athies) dan bid'ah. Antaranya ialah cerita perdebatan beliau ketika umurnya masih muda. Ceritanya begini:

Seorang Dahri atau Mulhid (athies) telah menemui Sheikh Hammad iaitu guru Imam Abu Hanifah. Sebelum itu, dia telah mencabar para ulama berdebat dengan mengatakan: Kalian mengatakan Allah itu wujud tanpa ada tempat, sedangkan setiap yang wujud mesti mempunyai tempat.

Ramai ulama telah kalah berdebat, kemudian si Dahri ini bertanya kepada orang ramai: Masih adakah ulama di kalangan kamu yang mampu berdebat denganku?

Mereka menjawab: Ada, beliau bernama Sheikh Hammad.

Si Dahri pun mohon Khalifah agar perintahkan Sheikh Hammad untuk berhujah dengannya. Khalifah memperkenankan permintaan Si Dahri dan memerintahkan Sheikh Hammad dengan diberi tangguh hingga keesokan harinya.

Pada pagi esok, Imam Abu Hanifah yang masih kecil telah mendapati gurunya itu berada dalam keadaan dukacita. Beliau pun bertanyakan sebabnya.

Gurunya menjawab: Aku telah dipanggil oleh Khalifah untuk berdebat dengan si Dahri dalam perhimpunan para ulama. Semalam aku juga telah bermimpi sesuatu yang buruk.

Imam Abu Hanifah: Apa yang Tuan Guru mimpikan?

Sheikh Hammad: Aku bermimpi melihat sebuah dusun yang sangat luas yang terhias. Terdapat sepohon pokok kayu yang berbuah. Kemudian, muncul seekor babi dari suatu penjuru kampung dan memakan buah-buah pohon tersebut sehingga habis dedaun dan buah-buah tersebut. Hanya tinggal batang kayu sahaja. Kemudian, muncul pula seekor harimau daripada umbi pohon tersebut lalu terus menerkam babi itu dan membunuhnya.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala telah mengajarkan saya ilmu ta'bir mimpi. Saya mendapati mimpi ini baik bagi kita dan buruk bagi musuh kita. Jika Tuan Guru izinkan, bolehlah saya ta'birkannya.

Sheikh Hammad: Ta'birkanlah wahai Nu'man (nama sebenar Imam Abu Hanifah).

Imam Abu Hanifah: Dusun luas yang terhias itu adalah agama Islam. Pohon kayu yang berbuah itu ialah para ulama. Batang kayu yang tertinggal itu ialah Tuan Guru sendiri. Babi yang muncul itu ialah si Dahri, manakala harimau itu yang membunuh babi tersebut ialah saya sendiri. Berangkatlah, saya akan turut menemani Tuan Guru. Dengan berkat hemat Tuan Guru dan berkat hadrat Tuan Guru, saya akan patahkan hujahnya.

Sheikh Hammad bergembira dengan kata-kata Imam Abu Hanifah itu, lalu bertolak bersama ke Masjid Jami'. Kemudian, Khalifah tiba di samping orang ramai telah berhimpun di sana.

Si Dahri datang dan terus naik ke mimbar serta bertanya: Siapakah di kalangan kamu yang akan menjawab soalan-soalanku?

Imam Abu Hanifah menjawab: Nyatakan saja soalan kamu, orang yang tahu akan menjawabnya.

Si Dahri: Siapakah engkau ini, wahai budak? Engkau bercakap denganku sedangkan orang-orang yang ada kemegahan, orang tua, berserban besar, berpakaian labuh dan berlengan baju yang luas tidak mampu berdebat denganku. Inikan pula kamu yang masih kecil, masih mentah dan hina.

Imam Abu Hanifah: Allah Taala tidak memberikan ketinggian dan kebesaran kepada orang yang berserban besar, berpakaian penuh kemegahan dan berlengan baju yang luas, tetapi Allah memberi kepada para ulama seperti firman-Nya, bermaksud:

Dan (Allah memberikan kepada) orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.
Surah al-Mujadalah, (58): 11.

Si Dahri: Engkaukah yang akan menjawab soalan-soalanku?

Imam Abu Hanifah: Aku akan menjawab dengan Tawfiq Allah.

Si Dahri pun mula bertanya: Adakah Allah itu Wujud?

Imam Abu Hanifah: Ya.

Si Dahri: Di mana?

Imam Abu Hanifah: Allah tidak bertempat.

Si Dahri: Bagaimana mungkin Dia Wujud tapi tidak bertempat?

Imam Abu Hanifah: Dalilnya ada pada diri anda.

Si Dahri: Mana dia?

Imam Abu Hanifah: Bukankah kamu mempunyai nyawa?

Si Dahri: Memang.

Imam Abu Hanifah: Di manakah tempat nyawa atau roh kamu itu? Di kepala kamukah? Atau di perut kamu? Atau di kaki kamu?

Si Dahri tercengang-cengang tidak tahu jawab. Kemudian Imam Abu Hanifah menyebutkan pula tentang air dengan mengatakan: Bukankah air susu itu mempunyai lemaknya?

Si Dahri: Ya.

Imam Abu Hanifah: Di manakah terletaknya lemak itu di dalam susu? Adakah di sebelah atas atau di sebelah bawah?

Sekali lagi Si Dahri tidak dapat menjawab. Imam Abu Hanifah menambah: Sebagaimana roh juga tidak bertempat di dalam tubuh, lemak tidak bertempat di dalam susu, maka Allah juga tidak bertempat di alam buana ini.

Si Dahri menyoal lagi: Apa yang ada sebelum Allah dan apa yang ada selepas-Nya?

Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu sebelum Allah dan tiada sesiapa selepas-Nya.

Si Dahri: Bagaimana dapat memahami tiada sesuatu yang mendahului yang maujud dan tiada sesuatu selepasnya?

Imam Abu Hanifah: Buktinya ada pada anggota badanmu.

Si Dahri: Apa dia?

Imam Abu Hanifah: Tiada sesuatu pun yang mendahului ibu jari tanganmu. Dan tiada sesuatu pun yang ada selepas jari kelingkingmu. (penulis: logik ini sangat tinggi, barangkali orang awam macam kita tidak memahaminya, wAllahua'lam) Begitu jugalah dengan Allah Taala. Tiada sesuatu sebelum-Nya dan tiada sesuatu selepas-Nya.

Si Dahri: Ada satu lagi soalan yang ingin aku tanyakan.

Imam Abu Hanifah: Kemukakanlah, Insya Allah aku akan menjawabnya.

Si Dahri: Apakah yang dilakukan oleh Allah sekarang?

Imam Abu Hanifah: Cara engkau tidak betul. Sepatutnya orang yang menjawab mesti berada di mimbar dan orang yang bertanya berada di bawah. Aku akan menjawab jika aku berada di mimbar dan engkau pula di bawah.

Si Dahri pun turun, Imam Abu Hanifah pula di mimbar. Setelah beliau duduk, si Dahri itu pun bertanyakan soalan tadi. Imam Abu Hanifah menjawab: Inilah yang Allah Taala lakukan sekarang. Dia menggugurkan yang batil seperti kamu dari atas ke bawah dan menaikkan yang benar seperti aku dari bawah ke atas.

Si Dahri rasa tertewas dan hujahnya dipatahkan.

Rujukan:
Sheikh Zainal Abidin Muhammad al-Fatani (2007), Aqidah al-Najin fi 'Ilm Usuliddin (Aqidah Kaum Terselamat Dari Sesat & Bid'ah), Singapura: Pustaka Nasional.

http://al-qedahi.blogspot.com/

Read more...

Menginstall Iman Akibat Virus Pink

Monday, April 13, 2009

Pernah tidak kamu buka komputer hati, dan menemui sebuah virus yang mengacau program-program dan file-file di komputer hati kita? Virus yang bagaimana? Virus yang sentiasa buat hati tidak tenang namun suka dan cemburu tapi cinta. Kalau pernah, pasti virus itu virus merah jambu. Nak tahu virus apa itu?
Virus merah jambu atau virus cinta adalah salah satu jenis virus ganas yang mengakibatkan penyakit hati pada diri kita, dapat merambat ke seluruh network tubuh dan sangat sulit dihilangkan. Dari berbagai kes yang pernah ditemui, ternyata virus ini banyak ditemui pada usia-usia remaja sekitar umur belasan tahun. Lebih tepatnya virus ini banyak menjangkiti para TEENAGER yang tidak punya sistem pertahanan berupa software Iman.
Tapi survey juga membuktikan bahwa walaupun remaja-remaja tersebut memiliki software Iman, namun kerana jarang membuka file C:ImanCintaIlahi.Exe atau file C:ImanRajinIbadah.doc yang berada dalam paket software tersebut, maka akhirnya remaja-remaja tersebut terkena juga dengan didahului pertahanan iman yang cenderung menurun , dan virus merah jambu tersebar ke seluruh komputer hati mereka.
Next, kalau sudah begitu, apa yang terjadi? Maka mulailah virus ini bekerja mengacaukan sistem, program- program, dan file-file kita dengan selalu menampilkan gambar syaitan yang tertawa lebar, gembira melihat kegagalan kita meraih redha- Nya. Namun banyak juga yang suka dengan penampilan syaitan tersebut. Yang pada akhirnya virus ini membuat `hang' pusat sistem otak saraf dan akal mereka. Yang kalau itu terjadi, maka virus ini akhirnya dapat mengalahkan sistem otak saraf dan akal yang kita miliki. Me-nombor-satu-kan cinta pada sesama manusia, dan me-nombor-dua-kan cinta pada Ilahi. Tapi apakah itu semua dapat dicegah bagaimana caranya?
Yang mesti kamu lakukan pertama, iaitu hilangkan dulu file-file yang dapat menjadi pintu masuk virus ini, misalnya file cintadunia.exe. Lalu memasukkan CD anti-virus yang berisi file sahsiah.exe yang akan membersihkan sedikit demi sedikit virus cinta sampai ke akar-akarnya bila file tersebut dijalankan. Kalau anti virus tersebut tidak berhasil, maka kamu perlu menginstall kembali software imanmu. Kamu boleh pergi ke pusat-pusat yang menawarkan installer iman. Atau kamu boleh beli CD installer berisi file Aqidah.exe atau Imankuat.doc.
Kalau sudah berhasil diinstall, pastikan komputer hatimu bekerja dengan normal kembali. Dan supaya tidak berulang kembali, maka seringlah membuka file dakwah.exe dan ukhuwwah.doc agar hati kita sentiasa jernih dan tenang..

sumber : http://www.artikel2u.net

Read more...

Doa Perpisahan..

Monday, April 6, 2009

assalamualaikum..

pantasnya masa berlalu meninggakan kite..pejam celik dh nk msuk minggu ke 13 n xlame lg dh nk kena wat praktikum..alhamdulillah lega rasanya dh present tesis n dpt penilai yg xbnyk tanye soklan huh.. tp penulisan tesis blum setel lg huhu..xpe yg penting dpt blk kg dlu mencari ketenangan hehe. erm tujuan sy post entry pada kali ni bukannya ape..saje je nk memohon maaf pada kawan2 sumer andainya terdapat ketidakpuasan hati, ketidakadilan, kesilapan atau hati yg terluka kerana kata2 sy ataupun perbuatan sy ni selama berada di upc ni secara sengaja ataupun xsengaja walapun niat di hati hanya utk bergurau terutamanya bdk2 umh sewa, jiran umh sewa sy, pastu bdak2 klas saya(at47), contact list ym sy, contact list skype sy, anak2 buah KPT2063 sy n akhir skali insan2 yg mengenali diri sy ini hehe.. diharapkan dpt halalkan mkn minum n kalo tdapat hutang ke bleh la bgtau sy ke andainya sy terlupa ok.yelah selagi sy masih berada di upc n di bumi ini, rasanya masih belum terlalu awal utk sy memohon maaf kpd anda semua k. disini sy nk kongsi kata2 hikmah ngan anda sumer sbg renungan bersama:


Orang yang menunjukkan kebaikan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Sesungguhnya sebagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Kerana ilmu kita btemu,
ukhuwwah tjalin melalui perjuangan,
kerana cita2 perpisahan akan blaku,
tapi perhubungan tetap kekal walau dikejauhan....
insyaAllah..


lastly sy create simple video ni khas utk warga at47 utk megimbau kenangan semasa di upc ni.. anyway tq..very much..


Wallahu'alam


Read more...

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP