ku terima seadanya...

Sunday, July 11, 2010

gembira, sedih, kecewa, jeles..itu perasaan yang lahir pada penulis..dan saya kira sahabat2 sekalian juga sama seperti saya...sebab apa ya? ini kerna disebabkan masalah penempatan..kecil sahaja masalahnya namun itu lah yang membuatkan mereka2 termasuk saya mengalami perasaan sedemikian buat seketika.. keputusan penempatan yang lambat, tidak sekata menyebabkan kita tertunggu2..namun setelah menerima sepucuk surat, segala penantian lebih kurang 8 bulan telah berakhir..Alhamdulilah daku bersyukur kepadaMu ya Allah, walaupun terpaksa berjauhan dengan keluarga, meninggalkan majlis2 ilmu, meninggalkan ayam2 ku, meninggalkan kampungku yang tercinta..ku tetap terima seadanya..Daku yakin kepadaMu, pasti ada hikmah disebalik ketetapan yang berlaku ini..tiba-tiba terlintas di fikiranku, kebanyakan perkara yang aku tidak suka, tidak berminat dan tidak berkeinginan itu lah yang menjadi milikku..dan perkara yang daku mimpikan atau hajati pula tak kesampaian..itulah membuatkan ku tersenyum bersendirian bila memikirkan suratan nasib yang melanda diri ini :) namun ku tetap yakin Sesungguhnya Engkau lah Maha mengetahui..dikala saat ku kecewa atau sedih, daku selalu teringat sebuah sajak yg selalu ke udara di Ikim.fm..antara kata-katanya berbunyi:

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya
tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

Jadi kepada sahabat-sahabat yang berjaya posting, Tahniah di ucapkan..bagi yang belum disenaraikan, sesungguhnya sabar itu separuh dari iman, pasti ada kejayaan sedang menunggumu..bagi yang gagal dalam interview, jangan bersedih dan berputus asa, teruskan berusaha ku sentiasa mendoakan kalian semua..akhir kata..terima kasih tak terhingga diucapkan kepada keluargaku..sahabat2 dan seseorang yang pernah memberi dorongan, mendoakan diri ini..semoga kehidupan baru disana membuatkan diri ni lebih baik, bertambah keimanan dan keyakinan, memberi ketenangan dan mendekatkan diri ini kepada Mu..inshAllah..Kepada Mu Ya Allah ku memohon agar ditetapkan keimanan ini dan di beri kekuatan untukku melalui perjalanan yang bakal ku lalui kelak..ameen

Read more...

Harapanku

Saturday, June 26, 2010

Ya Allah ya Tuhanku, berkati la kami di Bulan Rejab dan Syaban..Semoga daku dan keluargaku dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..ameen..

Read more...

Aku Tidak Pernah Meminta

Friday, June 18, 2010

"saya sangat bimbang sekiranya nama saya dicalonkan. Saya tidak berharap dipilih oleh khalifah dan saya tidak meminta nama saya dicalonkan. Malah saya takut sekiranya nama saya menjadi pilihannya",jawab Umar Abdul Aziz

........selepas kemangkatan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.......


Innalillahiwainnailaihirajiun..terkeluar dari mulut beliau setelah mengetahui namanya disebut dalam surat wasiat itu. Beliau merasakan sesuatu musibah bukannya berita gembira kerana dibebani tanggungjawab yang amat besar untuk memimipin umat Muhammad SAW

Lalu beliau naik ke mimbar untuk kali kedua..lalu berucap, "Saya berpesan kepada kamu, bertakwalah kepada Tuhan kerana ketakwaan itu lebih penting dari segalanya. Beramallah kamu untuk akhiratmu nescaya Tuhan menyelesaikan urusan duniamu. Perbaiki tingkah lakumu dikala sunyi, nescaya Tuhan perbaiki lakumu di hadapan umum. Banyakkan mengingati mati dan buatlah persiapan menghadapinya, nescaya mencegah kamu hidup berfoya-foya mengikut nafsumu. Sesiapa yang tidak meningati saat kematiannya, nescaya dia mati dalam kehinaan".

Itulah sebahagian kata-kata Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz semasa mula-mula diamanahkan sebagai menggantikan khalifah Sulaiman..

.......pada hari kewafatannya, di padang rumput di pinggir Damsyik, serigala kembali menerkam kambing-kambing lalu penternak berkata, "Apakah sudah meninggal dunia pemimpin yang paling adil? Lihatlah serigala dan kambing tidak boleh berbaik lagi...

Alangkah indahnya sekiranya dunia pada ketika ini terdapat insan mulia seperti mu wahai Amirul Mukmin..begitu amat tersentuh hati ini membaca perjalanan hidupmu..semoga kisah-kisah hidupmu menjadi ingatan, teladan dan pengajaran buatku yg hina ini....

Read more...

Sebelum Terlena

Thursday, June 10, 2010

terasa amat sedih memikirkan kejahilan, kedaifan dan kehinaan diri ini..tiada kekuatan untuk meneruskan kerjaya yang bakal ku lalui akan datang..ingin sahaja diri ini duduk di rumah selama-lamanya..membuat kerja2 kampung, menternak ayam, memancing disawah padi..tiap waktu mendambakan diri di rumah Mu..mendengar kuliah yang semakin hari membuka minda ini..yang melahirkan keinsafan diri ini..adakah dgn degree yg ku miliki ini dapat menyelamatkan aku dihari pembalasan sana..sudah pastinya tidak!!!..Ya Allah.. daku memohon agar aku ditempatkan di kampungku atau ditempat dimana tempat yang boleh mendekatkan diri ini kepada Mu..kerna sudah terlalu banyak usia mudaku telah aku sia-siakan..semoga kesakitan dan kepayahan yang ku alami ketika ini sebagai penghapus dosa2 ku..ameen..

----------
Sebelum mata terlena.. Di buaian malam gelita.. Tafakurku di pembaringan.. Mengenangkan nasib diri..

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa..Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti..Membawa dosa yang menggunung tinggi..Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini..Sekadar air mata tak mampu..Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena..Dengarlah rintihan hati ini..Tuhan beratnya dosaku..Tak daya kupikul sendiri..

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmMu..Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahMu..Andainya esok bukan milikku lagi..Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana..Lepaskan beban ini..Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku..Dengan sutra kasih sayangMu..Agar lena nanti kumimpikan..Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga..Dapat lagi kurasai..Betapa harumnya..Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam..Sujudku menghambakan diri..Akan kuteruskan pengabdianku padaMu

Read more...

Kasih Abang

Sunday, May 23, 2010

Saya agak teruja apabila menerima gambar yang diemailkan kepada saya ini. Seorang abang yang keletihan, barangkali lapar dan penat. Tiada tempat berteduh, hanya di tepi tangga kotor. Beralaskan kadbod nipis. Comotnya tak terkira. Namun dalam keadaan demikian, seorang abang masih memangku adiknya dalam dakapannya, tidak rela terbiar di tepi tangga. Lalu mereka tertidur bersama-sama..


Setiap hari dengan membaca pelbagai berita menyayatkan hati-buang anak, buang ayah, buang iman.. tiba-tiba apabila merenung gambar ini, saya bertanya dalam diri saya. Gambar ini hasil rakaman kamera gambar sesuatu yang benar-benar hidup, lukisan cat air atau lukisan dari hati yang mempunyai nilai hatibudi yang tinggi, kemudian dimanifestasikan dalam lukisan? Renung renunglah."

sumber : ustnik

Read more...

Kisah Si Burung

Thursday, April 15, 2010

Pada entri sebelum ini, saya menyuarakan kekesalan dangan sikap maklhluk yang bernama manusia pada zaman sekarang ini yang telah tiada belas kasihan terutamanya dalam kes pembuangan bayi. Kali ini kite tengok bagaimana pula sifat belas kasihan yang dimiliki oleh haiwan macam kt bwh ni.

anak burung ini tercedera setelah dilanggar kenderaan


si ibunya datang membantu memberi makanan


si ibu menjerit menyuruh anaknya bangun


selamat tinggal anakku


akhirnya kau pergi jua..


p/s moral of the story, gunakanlah akal yg dianugerahiNya dengan sebaik mungkin

Read more...

Dalam Semak

Monday, April 12, 2010

Agak terkejut kerana masih ada lagi kes pembuangan bayi di negara kita dilaporkan oleh akhbar pada hari ini.Isu buang bayi nyata tumbuh kembali. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Wahai manusia, dimanakah sifat belas kasihan mu??apakah kamu meletakkan tahap darjat kamu lebih rendah daripada haiwan??

Tiada kata-kata lagi yg ingin ku ucapkan, cukuplah hanya sedikit pesanan ini. Kukuhkanlah diri kamu dengan jati diri yang baik dan terpelihara. Kembalilah kepada ajaran agama dan syariat-Nya, nescaya semuanya akan bahagia dan sejahtera.

Sebagai pengajaran sama-sama kita hayati lirik lagu Amuk ini..

DALAM SEMAK

Dalam semak dalam longkang
Yang dibungkus yang telanjang
Ada yang masih hidup
Ada juga yang tidak lagi
Hai bernyawa

Tepi surau tepi sekolah
Tak dihirau tak diendah
Ada bayi masih merah
Ditinggalkan manusia
Tak bermaruah

Di mana jiwamu di mana
Rasa belas ikhsan rasa kecintaan
Demi menutup malu dan terhina
Si kecil rela kau persiakan

Kaulah syaitan bertopengkan insan
Tahu makan tak tahu simpan
Sedangkan yang bernama haiwan
Tidak membuang anak yang dilahirkan

Demi nama kedudukan
Takut malu tidak takut dosa
Gembiralah masa mudamu
Sambil menabung dosa sampai tua
Hey....

Tangisan si kecil itu
Menagih simpati ibu dan ayah
Dan emgkau pun berlalu
Seolah-olah tiada bersalah

Read more...

SMS

Saturday, April 10, 2010

Kali ni saya nk berkongsi sedikit info yg saya rasa amat berguna kepada kita semua terutamanya kpd penggemar berSMS. Jom kita baca kisah kt bawah ni.


Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS. Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit. Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel. Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu. Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

sumber

Read more...

Earth Hour 2010 has arrived!

Friday, March 26, 2010



p/s: that is how easy it is to switch off your lights & don't forget to turn your lights out!

hmm..i can do it??:)inshaAllah..

Read more...

Alangkah Indahnya Hidup Ini

Thursday, February 25, 2010

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat
Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu


Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di bumi ini dan ingatlah pesanan baginda:

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” (Riwayat Abu Daud)



Read more...

3 in 1

Tuesday, February 23, 2010


Sebenarnya kali ni nak kongsi gambar telur ayam kg di atas. Gambar ni di ambil ketika mak sy ingin menggoreng telur tengahari tadi, dimana telur ni baru je dikutip dr reban ayam pagi td. hmm.. Pernahkah anda melihat dalam sebiji telur ada tiga kuning telur??adakah ini bermakna jika telur ni dieramkan akan menghasilkan anak ayam berkembar tiga? Wallahualam.. sekadar berkongsi pengalaman

Read more...

DiLarang merokok

Monday, January 25, 2010

Assalamualaikum..

"aduih..geram betul!!" itulah kata2 yg selalu penulis keluarkan terutamanya ketika makan di sebuah restoran ataupun gerai. Tentu anda pun tahu kenapa saya berkata2 demikian. Ini disebabkan pakaian dan badan saya telah menjadi busuk disebabkan bau asap rokok yang melekat pada pakaian. Inilah realiti yang terpaksa dilalui oleh kita semua jika berkunjung ke tempat2 awam yang jelas terpapar DILARANG MEROKOK DI KAWASAN INI.

n3 kali ini sy nak komen skit berkenaan pengHARAMan rokok di negeri Pahang yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti negeri Pahang baru2 ni. Setelah mendengar pengHARAMAN rokok di negeri ini, penulis amat gembira kerana jelas sekali rokok ini hanya membawa KEBURUKAN kepada perokok dan kepada orang2 disekeliling mereka. Penulis mengharapkan agar perlaksanaannya tidak seperti melepaskan batuk ditangga, ini kerna perlaksanaan dan kempen2 TAK NAK! meROKOK yg telah dilancarkan pd suatu ketika dulu gagal mencapai matlamatnya. Jadi, penulis berharap perokok menghentikan tabiat buruk itu yang tidak memberi apa2 kebaikan kpd anda dan lebih elok sekiranya anda gunakan wang tersebut utk menderma, menabung dan sebagainya..Sekian, harap dimaaf komen saya dan terima kasih..


info:
Untuk pengetahuan semua pada Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya HARAM menurut pandangan Islam.Namun penguatkuasaan fatwa tersebut terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama Islam setiap negeri.

Read more...

٢٠١٠

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 & sayonara 2009..Pantasnya masa berlalu meninggalkan ku..dengan ini semakin meningkatlah umurku dan semakin singkat la jugak umurku dengan kematian..2009 pastinya meninggalkan pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap seseorang..ada kenangan manis..dan ada juga kenangan pahit..anggaplah kenangan yang kita lalui itu sebagai dugaan, ujian dariNya dan kita hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran dari kenangan tersebut..bab kata pepatah pengalaman mengajar kita..semoga tahun ini akan memberikan yang terbaik untuk anda semua..inshaAllah..

Akhir sekali bersempena tahun baru ni..saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada adikku,sepupuku dan rakan2 AT47 yang telah melangsungkan perkahwinan mereka baru2 ini. Mohon maaf kerana tidak dapat hadir di kesemua majlis dan terima kasih atas jemputan anda semua.
Mohd Suhaimi Bin Othman & Fadilah Bt Sungait (24/9/09)
Siti Norzalina Bt Hj Nanyan & Hashim B Hamid (24/9/09)
Norakmal Bt Halim & Che Azahar B Che soh (26/9/09)
Nurul Huda Bt Musa & Md. Adnan Bin Idris (2/10/09)
Wan Suziyana Bt Hj Wan Abd Hamid & Md Faizal B Mamat (10/10/09)
Kamalia Bt Abd Majid & Ezzuan Bin Kamaruddin (21/11/09)
Ayulaini Bt Jusoh & Mohd Hanif (22/11/09)
Norfaeza Bt Mohmad Nasir & Mohamad Bin Mohd Saad (29/11/09)
Mohd faizul Ghani & Rosmawati bt Yusof (6/12/09)
Noorariana Ayu Bt Kholil & Md khairul Azmi B Saba'an (6/12/09)
Nurul Afiza Bt Omar & Md Shauki Bin Ahmad (12/12/09)
Mohd Rizuan Bin Sulong & Saizatul Akmar Bt Abd Rahim (26/12/09)



Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..dunia dan akhirat..ameen


Read more...

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP