Kisah Si Burung

Thursday, April 15, 2010

Pada entri sebelum ini, saya menyuarakan kekesalan dangan sikap maklhluk yang bernama manusia pada zaman sekarang ini yang telah tiada belas kasihan terutamanya dalam kes pembuangan bayi. Kali ini kite tengok bagaimana pula sifat belas kasihan yang dimiliki oleh haiwan macam kt bwh ni.

anak burung ini tercedera setelah dilanggar kenderaan


si ibunya datang membantu memberi makanan


si ibu menjerit menyuruh anaknya bangun


selamat tinggal anakku


akhirnya kau pergi jua..


p/s moral of the story, gunakanlah akal yg dianugerahiNya dengan sebaik mungkin

Read more...

Dalam Semak

Monday, April 12, 2010

Agak terkejut kerana masih ada lagi kes pembuangan bayi di negara kita dilaporkan oleh akhbar pada hari ini.Isu buang bayi nyata tumbuh kembali. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Wahai manusia, dimanakah sifat belas kasihan mu??apakah kamu meletakkan tahap darjat kamu lebih rendah daripada haiwan??

Tiada kata-kata lagi yg ingin ku ucapkan, cukuplah hanya sedikit pesanan ini. Kukuhkanlah diri kamu dengan jati diri yang baik dan terpelihara. Kembalilah kepada ajaran agama dan syariat-Nya, nescaya semuanya akan bahagia dan sejahtera.

Sebagai pengajaran sama-sama kita hayati lirik lagu Amuk ini..

DALAM SEMAK

Dalam semak dalam longkang
Yang dibungkus yang telanjang
Ada yang masih hidup
Ada juga yang tidak lagi
Hai bernyawa

Tepi surau tepi sekolah
Tak dihirau tak diendah
Ada bayi masih merah
Ditinggalkan manusia
Tak bermaruah

Di mana jiwamu di mana
Rasa belas ikhsan rasa kecintaan
Demi menutup malu dan terhina
Si kecil rela kau persiakan

Kaulah syaitan bertopengkan insan
Tahu makan tak tahu simpan
Sedangkan yang bernama haiwan
Tidak membuang anak yang dilahirkan

Demi nama kedudukan
Takut malu tidak takut dosa
Gembiralah masa mudamu
Sambil menabung dosa sampai tua
Hey....

Tangisan si kecil itu
Menagih simpati ibu dan ayah
Dan emgkau pun berlalu
Seolah-olah tiada bersalah

Read more...

SMS

Saturday, April 10, 2010

Kali ni saya nk berkongsi sedikit info yg saya rasa amat berguna kepada kita semua terutamanya kpd penggemar berSMS. Jom kita baca kisah kt bawah ni.


Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS. Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit. Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel. Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu. Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

sumber

Read more...

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP