Harapanku

Saturday, June 26, 2010

Ya Allah ya Tuhanku, berkati la kami di Bulan Rejab dan Syaban..Semoga daku dan keluargaku dapat bertemu dengan Ramadhan yang akan datang..ameen..

Read more...

Aku Tidak Pernah Meminta

Friday, June 18, 2010

"saya sangat bimbang sekiranya nama saya dicalonkan. Saya tidak berharap dipilih oleh khalifah dan saya tidak meminta nama saya dicalonkan. Malah saya takut sekiranya nama saya menjadi pilihannya",jawab Umar Abdul Aziz

........selepas kemangkatan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.......


Innalillahiwainnailaihirajiun..terkeluar dari mulut beliau setelah mengetahui namanya disebut dalam surat wasiat itu. Beliau merasakan sesuatu musibah bukannya berita gembira kerana dibebani tanggungjawab yang amat besar untuk memimipin umat Muhammad SAW

Lalu beliau naik ke mimbar untuk kali kedua..lalu berucap, "Saya berpesan kepada kamu, bertakwalah kepada Tuhan kerana ketakwaan itu lebih penting dari segalanya. Beramallah kamu untuk akhiratmu nescaya Tuhan menyelesaikan urusan duniamu. Perbaiki tingkah lakumu dikala sunyi, nescaya Tuhan perbaiki lakumu di hadapan umum. Banyakkan mengingati mati dan buatlah persiapan menghadapinya, nescaya mencegah kamu hidup berfoya-foya mengikut nafsumu. Sesiapa yang tidak meningati saat kematiannya, nescaya dia mati dalam kehinaan".

Itulah sebahagian kata-kata Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz semasa mula-mula diamanahkan sebagai menggantikan khalifah Sulaiman..

.......pada hari kewafatannya, di padang rumput di pinggir Damsyik, serigala kembali menerkam kambing-kambing lalu penternak berkata, "Apakah sudah meninggal dunia pemimpin yang paling adil? Lihatlah serigala dan kambing tidak boleh berbaik lagi...

Alangkah indahnya sekiranya dunia pada ketika ini terdapat insan mulia seperti mu wahai Amirul Mukmin..begitu amat tersentuh hati ini membaca perjalanan hidupmu..semoga kisah-kisah hidupmu menjadi ingatan, teladan dan pengajaran buatku yg hina ini....

Read more...

Sebelum Terlena

Thursday, June 10, 2010

terasa amat sedih memikirkan kejahilan, kedaifan dan kehinaan diri ini..tiada kekuatan untuk meneruskan kerjaya yang bakal ku lalui akan datang..ingin sahaja diri ini duduk di rumah selama-lamanya..membuat kerja2 kampung, menternak ayam, memancing disawah padi..tiap waktu mendambakan diri di rumah Mu..mendengar kuliah yang semakin hari membuka minda ini..yang melahirkan keinsafan diri ini..adakah dgn degree yg ku miliki ini dapat menyelamatkan aku dihari pembalasan sana..sudah pastinya tidak!!!..Ya Allah.. daku memohon agar aku ditempatkan di kampungku atau ditempat dimana tempat yang boleh mendekatkan diri ini kepada Mu..kerna sudah terlalu banyak usia mudaku telah aku sia-siakan..semoga kesakitan dan kepayahan yang ku alami ketika ini sebagai penghapus dosa2 ku..ameen..

----------
Sebelum mata terlena.. Di buaian malam gelita.. Tafakurku di pembaringan.. Mengenangkan nasib diri..

Yang kerdil lemah dan bersalut dosa..Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti..Membawa dosa yang menggunung tinggi..Terkapai ku mencari limpahan hidayahMu

Agar terlerai kesangsian hati ini..Sekadar air mata tak mampu..Membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena..Dengarlah rintihan hati ini..Tuhan beratnya dosaku..Tak daya kupikul sendiri..

Hanyalah rahmat dan kasih sayangmMu..Yang dapat meringankan hulurkan maghfirahMu..Andainya esok bukan milikku lagi..Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebelum berangkat pergi ke daerah sana..Lepaskan beban ini..Yang mencengkam jiwa dan ragaku

Selimuti diriku..Dengan sutra kasih sayangMu..Agar lena nanti kumimpikan..Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga..Dapat lagi kurasai..Betapa harumnya..Wangian syurga firdausi.. Oh Ilahi

Di sepertiga malam..Sujudku menghambakan diri..Akan kuteruskan pengabdianku padaMu

Read more...

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP