Bertemu Raja Ular

Thursday, December 31, 2009

Petang tadi setelah selesai memberi makan ayam2 di kebun. aku dan adikku serta ayahku pulang menaiki motor yang ditunggangi oleh aku. Kali ini aku membawa agak perlahan motorku atas arahan ayahku kerana terlalu bimbang sekiranya babi hutan melintas di jalan yang kami lalui. Ini kerana terdapat lebih dari lima laluan mereka di sepanjang jalan yang ku lalui pada tiap2 hari. Sudah menjadi kebiasaan melihat babi hutan yang sebesar anak lembu melintas dan ada kalanya hampir terlanggar pun ada. Kali ini aku bukan hendak bercerita tentang babi hutan tetapi semasa membawa motor petang tadi kami ternampak ular tedung selar di atas jalan yang agak besar saiznya sepanjang hampir 3 meter. Kami memang terkejut dan tergamam melihat ular tersebut..dengan serta merta ayahku menyuruh aku agar tidak memberhentikan motorku kerana bimbang dikejar ular tersebut. Ini lah kali pertama aku melihat Raja Ular dengan mata kasarku.Disini ingin saya kongsikan sedikit info berkaitan dengan raja ular ni.

  • Ular Tedung Selar adalah ular berbisa terbesar di dunia. Ia mampu mencapai panjang sehingga 5.58 metre (18.3 kaki.), walaupun saiz biasa adalah sekitar 2.5 metre (8 kaki.); dan mampu mencapai berat sehingga 10 kilogram (22 paun)
  • Makanan utamanya adalah ular lain, tetapi sekiranya terdesak, ia akan memburu haiwan bertulang belakang (vertebrates)
  • Anak ular Tedung Selar sekitar 45 hingga 50 sentimeter panjang, dan bertanda dengan belang hitam dan putih, dan telah mempunyai bisa yang mampu membunuh
  • Ular Tedung Selar tergolong dalam ular yang mempunyai jangka hayat yang panjang sekitar 20 tahun
  • Setiap patukan amat banyak sehinggakan ia mampu membunuh gajah atau 20-30 orang manusia
  • Ia mampu berdiri dalam keadaan mengancam tegak dangan kepalanya setinggi sehingga 6 kaki dan turut mampu bergerak dalam keadaan menegak; ia mampu bertentang mata dengan manusia.
Begitulah secara ringkas tentang raja ular ini. Hebat sungguh makhluk Allah swt ni sehingga menggerunkan manusia yang bertemunya...


-Gambar hiasan



0 comments:

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP