DiLarang merokok

Monday, January 25, 2010

Assalamualaikum..

"aduih..geram betul!!" itulah kata2 yg selalu penulis keluarkan terutamanya ketika makan di sebuah restoran ataupun gerai. Tentu anda pun tahu kenapa saya berkata2 demikian. Ini disebabkan pakaian dan badan saya telah menjadi busuk disebabkan bau asap rokok yang melekat pada pakaian. Inilah realiti yang terpaksa dilalui oleh kita semua jika berkunjung ke tempat2 awam yang jelas terpapar DILARANG MEROKOK DI KAWASAN INI.

n3 kali ini sy nak komen skit berkenaan pengHARAMan rokok di negeri Pahang yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti negeri Pahang baru2 ni. Setelah mendengar pengHARAMAN rokok di negeri ini, penulis amat gembira kerana jelas sekali rokok ini hanya membawa KEBURUKAN kepada perokok dan kepada orang2 disekeliling mereka. Penulis mengharapkan agar perlaksanaannya tidak seperti melepaskan batuk ditangga, ini kerna perlaksanaan dan kempen2 TAK NAK! meROKOK yg telah dilancarkan pd suatu ketika dulu gagal mencapai matlamatnya. Jadi, penulis berharap perokok menghentikan tabiat buruk itu yang tidak memberi apa2 kebaikan kpd anda dan lebih elok sekiranya anda gunakan wang tersebut utk menderma, menabung dan sebagainya..Sekian, harap dimaaf komen saya dan terima kasih..


info:
Untuk pengetahuan semua pada Mac 1995, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam Malaysia Kali Ke-37 memutuskan bahawa amalan merokok itu hukumnya HARAM menurut pandangan Islam.Namun penguatkuasaan fatwa tersebut terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama Islam setiap negeri.

Read more...

٢٠١٠

Saturday, January 2, 2010

Selamat Tahun Baru 2010 & sayonara 2009..Pantasnya masa berlalu meninggalkan ku..dengan ini semakin meningkatlah umurku dan semakin singkat la jugak umurku dengan kematian..2009 pastinya meninggalkan pelbagai kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh setiap seseorang..ada kenangan manis..dan ada juga kenangan pahit..anggaplah kenangan yang kita lalui itu sebagai dugaan, ujian dariNya dan kita hendaklah mengambil iktibar dan pengajaran dari kenangan tersebut..bab kata pepatah pengalaman mengajar kita..semoga tahun ini akan memberikan yang terbaik untuk anda semua..inshaAllah..

Akhir sekali bersempena tahun baru ni..saya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada adikku,sepupuku dan rakan2 AT47 yang telah melangsungkan perkahwinan mereka baru2 ini. Mohon maaf kerana tidak dapat hadir di kesemua majlis dan terima kasih atas jemputan anda semua.
Mohd Suhaimi Bin Othman & Fadilah Bt Sungait (24/9/09)
Siti Norzalina Bt Hj Nanyan & Hashim B Hamid (24/9/09)
Norakmal Bt Halim & Che Azahar B Che soh (26/9/09)
Nurul Huda Bt Musa & Md. Adnan Bin Idris (2/10/09)
Wan Suziyana Bt Hj Wan Abd Hamid & Md Faizal B Mamat (10/10/09)
Kamalia Bt Abd Majid & Ezzuan Bin Kamaruddin (21/11/09)
Ayulaini Bt Jusoh & Mohd Hanif (22/11/09)
Norfaeza Bt Mohmad Nasir & Mohamad Bin Mohd Saad (29/11/09)
Mohd faizul Ghani & Rosmawati bt Yusof (6/12/09)
Noorariana Ayu Bt Kholil & Md khairul Azmi B Saba'an (6/12/09)
Nurul Afiza Bt Omar & Md Shauki Bin Ahmad (12/12/09)
Mohd Rizuan Bin Sulong & Saizatul Akmar Bt Abd Rahim (26/12/09)



Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..dunia dan akhirat..ameen


Read more...

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP