Aku Tidak Pernah Meminta

Friday, June 18, 2010

"saya sangat bimbang sekiranya nama saya dicalonkan. Saya tidak berharap dipilih oleh khalifah dan saya tidak meminta nama saya dicalonkan. Malah saya takut sekiranya nama saya menjadi pilihannya",jawab Umar Abdul Aziz

........selepas kemangkatan Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik.......


Innalillahiwainnailaihirajiun..terkeluar dari mulut beliau setelah mengetahui namanya disebut dalam surat wasiat itu. Beliau merasakan sesuatu musibah bukannya berita gembira kerana dibebani tanggungjawab yang amat besar untuk memimipin umat Muhammad SAW

Lalu beliau naik ke mimbar untuk kali kedua..lalu berucap, "Saya berpesan kepada kamu, bertakwalah kepada Tuhan kerana ketakwaan itu lebih penting dari segalanya. Beramallah kamu untuk akhiratmu nescaya Tuhan menyelesaikan urusan duniamu. Perbaiki tingkah lakumu dikala sunyi, nescaya Tuhan perbaiki lakumu di hadapan umum. Banyakkan mengingati mati dan buatlah persiapan menghadapinya, nescaya mencegah kamu hidup berfoya-foya mengikut nafsumu. Sesiapa yang tidak meningati saat kematiannya, nescaya dia mati dalam kehinaan".

Itulah sebahagian kata-kata Amirul Mukminin Khalifah Umar Abdul Aziz semasa mula-mula diamanahkan sebagai menggantikan khalifah Sulaiman..

.......pada hari kewafatannya, di padang rumput di pinggir Damsyik, serigala kembali menerkam kambing-kambing lalu penternak berkata, "Apakah sudah meninggal dunia pemimpin yang paling adil? Lihatlah serigala dan kambing tidak boleh berbaik lagi...

Alangkah indahnya sekiranya dunia pada ketika ini terdapat insan mulia seperti mu wahai Amirul Mukmin..begitu amat tersentuh hati ini membaca perjalanan hidupmu..semoga kisah-kisah hidupmu menjadi ingatan, teladan dan pengajaran buatku yg hina ini....

0 comments:

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP