Doa Para Nabi

Friday, May 1, 2009

Imam Ghazali menyatakan ; bahawa doa para nabi a.s ialah seperti berikut (yang bermaksud): "Ya Allah Tuhanku, aku minta ampun kepada-Mu daripada sebarang dosa yang aku telah bertaubat, tapi setelah itu aku lakukan semula. Aku minta ampun daripada semua yang telah aku janji dalam hati kepada-Mu tetapi tidak aku laksanakan.
"Aku bertaubat daripada dosa waktu aku ibadat kepada-Mu, tetapi tiba-tiba mencelah menyebabkan ibadah berubah kepada kerana yang lain daripada-Mu.
"Aku mohon ampun kepada-Mu kerana nikmat yang Engkau kurniakan itu sepatutnya untuk mentaati-Mu, sebaliknya telah aku gunakan untuk ingkar suruhan-Mu.
"Wahai Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang zahir atau yang terselindung, aku minta ampun daripada sebarang dosa yang aku lakukan pada siang hari atau pada malam gelap di tempat bersembunyi, ketika beramai atau ketika seorang diri, ampunilah daku wahai Tuhan yang Maha Lemah Lembut".

Demikian doa dan istighfar para nabi sejak daripada Nabi Adam a.s hingga ke Nabi Muhammad s.a.w. telah dinukilkan oleh Imam Ghazali yang dimuatkan dalam kitabnya untuk mendapat perhatian dan menjadi amalan umat akhir zaman, yang persoalannya sangat penting dan bernilai tinggi.

dipetik dari: mauidzah(oleh : TGNA) harakah BIL 1434(1-3Mei 2009)

0 comments:

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP