Manusia perlu diManusia..kan semula…

Monday, August 3, 2009

B

eberapa negara diseluruh dunia sekarang ni sedang menghadapi serangan wabak selsema babi or formerly known as Influenza A ( H1N1) termasuklah negara kita ini. Bagi saya, semua ini ada lah boleh di kategorikan sebagai bala yang dikenakan kepada kita. Kenapa Allah SWT menurunkan bala ke atas hamba-Nya. Adakah bala yang ditimpakan itu membuktikan kemarahan Allah s.w.t ke atas diri kita yang sentiasa melakukan kemungkaran dan kerosakan di atas bumi ini? Apabila dilihat gelagat manusia dan perwatakan umat Islam hari ini memperlihatkan benar-benar mengundang kemurkaan daripada Allah s.w.t terutama golongan muda-mudi. Lihat sahaja gejala pergaulan bebas, buang anak, merompak, rogol, sumbang mahram, rempit, gay (lihat KOSMO 20/7/09),pondan (Lihat Kosmo 21/7/09) dan bermacam-macam dosa lagi mereka lakukan bukan untuk kali pertama dan bukan untuk kali terakhir bahkan seolah-olah perkara ini sudah menjadi perkara biasa di negara kita ini.

Kalau anda sedari, sejak akhir-akhir ini negara kita dilanda dengan pelbagai bencana alam seperti tsunami, gegaran bumi (di janda baik), wabak Chikungya, JE dan yang terkini selsema babi sedangkan perkara ini tidak pernah pun berlaku di 10, 20 tahun pada suatu ketika dahulu. Tidak mustahil bala yang lebih dashyat lagi melanda negara kita (na’uzubillah) disebabkan kemungkaran yang kita lakukan seperti yang di ceritakan dalam Al Quran dalam surah :

Al-A’raf ayat 133 yang bermaksud : Telah Kami kirimkan ke atas mereka (umat Nabi Musa) ribut taufan, belalang, kutu, katak dan darah, sebagai bukti dan tanda yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang merderhaka(melakukan kerosakan dimuka bumi).

Al Hijr ayat 74 yang bermaksud : Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.

Sesungguhnya bala tidak akan diturunkan oleh Allah ke atas manusia, melainkan kerana didahului dengan kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Bezanya umat nabi-nabi terdahulu dikirimkan bala tanpa memberitahu isyarat kehadirannya, namun bagi umat Muhammad s.a.w isyarat atau tanda-tanda kehadiran bala itu dapat dikesan oleh mereka yang beriman dan mereka yang dekat dengan Allah s.w.t. Oleh itu kita hendaklah merasa bersyukur dan bertuah sekali kerana dianugerahkan nikmat Islam dan menjadi umat Muhammad s.a.w. Bersama-sama lah kita perbanyakkan berselawat kepada Rasulullah SAW serta berdoa mengharapkan negara, masyarakat dan keluarga kita ini dijauhkan dari bala Allah s.wt dan dalam masa yang sama diharapkan pintu-pintu ke arah kemaksiatan dan kemungkaran perlulah ditutup dan dengan ini barulah mendapat keredhan dari-Nya. Kita berharap manusia pada hari ini yang melakukan pelbagai kejahatan kepada sesama manusia dan kezaliman kepada penciptaNya yang mengikut hawa nafsu syaitan dan kebinatangan ini berubah menjadi sebenar-benar manusia yang patuh kepada hukum dan larangan-Nya..dengan ini manusia itu perlulah di Manusiakan semula...

0 comments:

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP