Dalam Semak

Monday, April 12, 2010

Agak terkejut kerana masih ada lagi kes pembuangan bayi di negara kita dilaporkan oleh akhbar pada hari ini.Isu buang bayi nyata tumbuh kembali. Dahulu ia pernah hangat seketika, kembali senyap tetapi kini semakin menjadi-jadi. Wahai manusia, dimanakah sifat belas kasihan mu??apakah kamu meletakkan tahap darjat kamu lebih rendah daripada haiwan??

Tiada kata-kata lagi yg ingin ku ucapkan, cukuplah hanya sedikit pesanan ini. Kukuhkanlah diri kamu dengan jati diri yang baik dan terpelihara. Kembalilah kepada ajaran agama dan syariat-Nya, nescaya semuanya akan bahagia dan sejahtera.

Sebagai pengajaran sama-sama kita hayati lirik lagu Amuk ini..

DALAM SEMAK

Dalam semak dalam longkang
Yang dibungkus yang telanjang
Ada yang masih hidup
Ada juga yang tidak lagi
Hai bernyawa

Tepi surau tepi sekolah
Tak dihirau tak diendah
Ada bayi masih merah
Ditinggalkan manusia
Tak bermaruah

Di mana jiwamu di mana
Rasa belas ikhsan rasa kecintaan
Demi menutup malu dan terhina
Si kecil rela kau persiakan

Kaulah syaitan bertopengkan insan
Tahu makan tak tahu simpan
Sedangkan yang bernama haiwan
Tidak membuang anak yang dilahirkan

Demi nama kedudukan
Takut malu tidak takut dosa
Gembiralah masa mudamu
Sambil menabung dosa sampai tua
Hey....

Tangisan si kecil itu
Menagih simpati ibu dan ayah
Dan emgkau pun berlalu
Seolah-olah tiada bersalah

0 comments:

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP