SMS

Saturday, April 10, 2010

Kali ni saya nk berkongsi sedikit info yg saya rasa amat berguna kepada kita semua terutamanya kpd penggemar berSMS. Jom kita baca kisah kt bawah ni.


Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya.

Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS. Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit. Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel. Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.

Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu. Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.

sumber

0 comments:

  © Design GreenBlack by silent_hunter 2008

Back to TOP